Monday, June 19, 2017

What is Food Science & Nutrition?

Assalamualaikum & hi!
 For this entry, i'm going to explain you more about Food Science & Nutrition or in Malay we called it as Sains Makanan & Pemakanan since a lot of you guys has been asking me about this course. Before that nak bagitau, semua yang akan diceritakan ni mostly UKM punya info eh :) Info yang akan diberitahu ni maybe tak sama macam uni-uni lain tapi lebih kurang je. Nama course ni pun lain mengikut universiti contohnya, Sains & Teknologi Makanan (UPM), Perkhidmatan Makanan & Pemakanan (UMT). 


Apa itu Sains Makanan & Pemakanan?
"Sains makanan ialah kajian pelbagai disiplin makanan dan penggunaan pengetahuan itu mendapat untuk membangunkan produk dan proses makanan, memelihara dan menyimpan makanan, dan memastikan keselamatan dan kualiti makanan. sains makanan menangani penukaran produk pertanian mentah ke dalam bekalan makanan berkhasiat, mudah, dan menjimatkan. produk makanan yang paling boleh didapati di kedai-kedai runcit telah dibangunkan, dihasilkan, dan diuji oleh saintis makanan."

So secara ringkasnya, kos ni merupakan satu bidang sains dalam suatu pemprosesan makanan atau dalam apa jua berkaitan makanan. Kos ni meluas tau so korang akan belajar jugak tentang Law, Engineering, Chemistry, Statistics, Physics, Biochemisty, Nutrition, Microbiology.

Fyi, kandungan dalam makanan yang merapu-rapu tu mostly kami yang food tech ni tahu apa bendanya. Macam mana nak kekalkan jangka hayat sesuatu makanan supaya tak mudah rosak? Itu pun tugas food tech. Frozen food pun dari kami. Jadinya, food tech ni memang pengaruh besar dalam industri makanan.



Syarat kemasukan?

*Ini untuk kategori Asasi/Matrikulasi*

UKM :

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
  • Biology/ Chemistry/ Engineering Chemistry; dan
  • Mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
  • Biology
  • Physics 
  • Chemistry 
  • Mathematics
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)
dan
Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.



UPM :

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Chemistry;

dan


Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).



UMT :

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Chemistry


2) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Tak susah pun kan. Just make sure korang isi UPU ikut syarat kelayakan yang setiap universiti nak for that course lah.
Pernah dah update pasal tips UPU ni dekat sini : Experience & Tips



Peluang pekerjaan?

Sebenarnya peluang pekerjaan bidang ni cukup luas kerana selagi manusia memerlukan makanan selagi itu lah penyelidik makanan atau lebih dikenali sebagai food technologist diperlukan. So korang takyah risau-risau tentang job opportunity ni just make sure korang study tu betul-betul je. Kalau ada rezeki, ada lah :)
1) Pegawai Zat Makanan (PZM) - C41
2) Nutritionist (Private sector)
3) Pegawai Belia dan Sukan (Pemakanan) - S41
4) Pegawai Teknologi Makanan (PTM) - C41
5) Tutor/ Lecturer
6) Quality Assurance (QA)
7) Quality Control (QC)
8) Sales & Marketing
9) Researcher
Mesti nak tau dekat sektor mana korang boleh kerja kan? Korang boleh kerja dekat sektor kerajaan ataupun swasta, contohnya :
1) Kementerian Kesihatan Malaysia
2) MARDI
3) Universiti-universiti
4) Kilang-kilang
dan banyak lagi..

Rasanya sampai situ je kot. Sebab nak kongsi banyak-banyak pun ilmu tak cukup lagi huhu so kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la follow twitter AskFoodTech or try search dekat Mr.Google :) maaf jika terdapat info yang kurang sahih. 

Good luck!



Thanks for reading!