Hi everyone!
Entry kali ni just nak share story 3 bulan lepas haha sebab rasa macam nak menulis. Okay let's jump into the story.
Bertolak lebih kurang pukul 8 dari Bangi. It only took like 1 hour to arrive at Melaka. Our first destination was at Freeport A'Famosa Outlet or lebih dikenali sebagai Melaka Premium Outlet yang terletak dekat Alor Gajah, Melaka.
Melaka Premium Outlet
Melaka Premium Outlet
*from Google
Actually i was amazed with the design of the buildings sebab tu rasa nak pergi sini nak tangkap gambar banyak-banyak tapi tah kenapa bila dah sampai takde pulak tangkap gambar bangunan cantik-cantik ni. #rugi
*from Google
Tipu lah kalau pergi sini tak tangkap gambar ber-background "kincir angin" ni kan.
View from "kincir angin" thingy.
Asam Pedas Claypot
Asam Pedas Claypot
*from Google
After dah puas dekat Freeport, waktu tu macam ngam-ngam la lunch hour so we went to Asam Pedas Claypot yang terletak betul-betul dekat Bandaraya Melaka. I ordered Nasi putih + Asam Pedas Ayam kot. Memang sedappp sampai sekarang teringin nak makan lagi.
Masjid Kampung Hulu
*from Google
Lepas dah makan, kami decide nak pergi solat Zohor dulu (buat jamak takdim). So we went to Masjid Kampung Hulu. Masjid ni dari luar nampak unik dan lawa. Tapi satu je, panasssss. Sampai kena buat makeup dalam kereta lah haha.
Kota A'Famosa & St. Paul Church
After solat, kami bergerak ke destinasi seterusnya ke Kota A'Famosa. Tapi parking takde pulak last-last masuk parking dekat Dataran Pahlawan Megamall baru jumpa parking. Nak pergi Kota A'Famosa memang ada jalan dalam mall tu so okay la rasa aircond jugak walaupun kejap haha. Ayy Melaka panas you know haha.
*from Google
Nak pergi St Paul Church tu kena naik tangga ni sebab ada atas bukit betul-betul belakang Kota A'Famosa kat bawah tu.
*from Google
Dah puas tangkap gambar, panjat tangga tinggi-tinggi tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Pantai Klebang! Before tu kami pusing-pusing bandaray Melaka dulu. Alah Melaka kecik je pusing-pusing tempat yang sama jugak. After that, kami singgah pergi beli Coconut Shake dulu pastu pi minum kat pantai.
Pantai Klebang
Waktu ni petang angin pun sepoi-sepoi memang best lah.
Padang Pasir Klebang
Okay next destination ni tak plan pun tapi alang-alang dah sampai situ pergi je lah. Yes, Padang Pasir Klebang yang selalu orang pergi tangkap gambar tu.
Actually, kami taktau kat mana lepas tu gigih Google and rupanya tempat tu memang agak tersorok sikit. Nasib baik dapat cari jugak.
Actually, kami taktau kat mana lepas tu gigih Google and rupanya tempat tu memang agak tersorok sikit. Nasib baik dapat cari jugak.
Tapi nak sampai ke tempat berpasir tu kemain jauh kena jalan kaki. Sampai-sampai sana memang lencun haha.
Mee Besen Ori Melaka
*from Google
Then, proceed to our last destination which is tempat dinner kami, Mee Besen Ori Melaka (sebelum tu, kami pergi solat maghrib dulu dekat satu masjid ni lupa pulak apa nama). Sampai-sampai sini tengok kena tunggu turn sebab ramai gila orang. Kena isi nama dekat satu buku then duduk dulu nanti kalau turn kita dia akan panggil nama.
Nak tau tak kenapa dipanggil Mee Besen? Sebab semua hidangan dia serve dalam kuantiti yang besar. Tapi jangan risau kalau korang tak ramai boleh order ikut saiz.
Saiz S : RM6 (1-2 orang)
Saiz M : RM10 (2-3 orang)
Saiz L : RM15 (3-4 orang)
Lepas dah kenyang, kami pun bergerak balik ke Bangi. So, itu saja weekend getaway kita. Tak overnight pun sebab tak jauh kan boleh pergi balik hari yang sama je.
Banyak lagi tempat menarik yang lain kami tak pergi. Setakat ni, tu je lah sebab kami pergi sehari je tak cukup nak pergi semua tempat kan.
Semua tempat yang kami pergi ni, semuanya plan. Yes kami plan sebab taknak lah nanti dah sampai sana takde arah tujuan last-last buang masa.
Tempat makan sedap-sedap pun kami search dulu before pergi. Sedap ke tak, harga dia apa semua la.
That's all from me. Thankyou for reading!
No comments :
Post a Comment